"KEPENTINGAN KEMAHIRAN INSANIAH KEPADA SETIAUSAHA ALAF 21"
. Malaysia kini sedang giat menuju ke arah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2021. Justeru itu, keperluan kepada modal insan yang berkemahiran tinggi amat penting bagi melaksanakan visi tersebut. Modal insan merupakan penyumbang utama kepada penjanaan kekayaan baru negara. Bagi merealisasikan matlamat tersebut, negara harus sentiasa berusaha untuk menyediakan tenaga kerja berwibawa yang berbekalkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang, termasuk sains dan teknologi. Modal insan merupakan individu yang berilmu, berkeyakinan, mempunyai nilai murni dan moral yang tinggi, beretika, berbudi pekerti, bersopansantun, berdisiplin, dinamik, inovatif, kreatif, sihat, bersemangat patriotik, adil, progresif, cekal dan berdaya saing. Inilah modal insan yang memiliki personaliti unggul. Manakala, pula modal insan merupakan sesuatu yang dimiliki manusia yang menjadikannya lebih berkualiti. Pelaburan jangka panjang secara makro dalam usaha untuk meningkatk...