"KEPENTINGAN KEMAHIRAN INSANIAH KEPADA SETIAUSAHA ALAF 21"
Kepentingan Kemahiran Insaniah kepada setiausaha ini amat penting bagi setiap individu yang bekerja berkenaan dengannya. Seterusnya, kemahiran insaniah ini harus diberi perhatian yang sewajarnya selaras dengan wawasan negara bagi melahirkan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Justeru itu, perlu wujud institusi yang boleh melatih individu-individu tersebut untuk menjadi modal insan yang berguna kepada negara. Di sinilah datangnya peranan institusi pengajian dan juga pusat latihan. Institusi-institusi ini bukan hanya berperanan untuk menyediakan platform untuk setiausaha mendalami dan mengembangkan ilmu pengetahuan, malah ia juga berperanan sebagai pusat latihan kepada bakal golongan profesional. Jika pendidikan yang diterima seimbang dan sepadan dengan tuntutan pekerjaan, kebiasaannya tidak banyak masalah yang akan timbul. Namun, kebelakangan ini, senario yang berlaku adalah pencapaian dalam bidang akademik semata-mata tidak dapat menjamin kebolehan individu tersebut. Banyak aspek lain yang diperlukan oleh pihak majikan terutamanya aspek kemahiran insaniah. Kemahiran insaniah juga boleh mewujudkam pekerja yang berkualiti dan tidak menyusahkan mana-mana syarikat yang telah mengambil individu yang mahir dalam perkajaan tersebut. Selain itu, pendidikan di institusi-institusi ini tidak boleh hanya menjurus kepada membekalkan pengetahuan dan kemahiran kepada setiausaha bagi memenuhi tuntutan pekerjaan sahaja, malah ianya juga bertujuan untuk mengalakkan perkembangan mental dan rohani setiausaha dalam melahirkan golongan profesional yang serba boleh dan dapat mengadaptasi diri mereka dalam menghadapi perubahan yang berlaku. Ini dinyatakan dengan jelas didalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan, yang menggariskan bahawa pendidikan di Malaysia perlu membangunkan potensi individu secara holistik dan bersepadu bagi melahirkan individu yang seimbang dari segi keupayaan intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Disamping
itu, kemahiran insaniah dalam konsep berfikir dan belajar bermaksud seseorang
itu boleh menggunakan daya berfikir yang baik dalam menyelesaikan masalah secara
kritikal, mampu menganalisa maklumat dan ada kemahuan dalam diri sendiri untuk
belajar memajukan diri. Kelompok terakhir pula adalah berbentuk kemahiran
keusahawanan, inovasi dan kreatif. Ini bermaksud seseorang itu perlu mempunyai
ilmu dalam perusahaan, berinovasi dalam menghasilkan produk dan kreatif dalam
melaksanakan sesuatu perkara. Tambahan pula, perkara yang diperlukan ialah
modal insan yang dinamik dan versatile yang boleh menyesuaikan diri
dengan cepat dan dapat menghadapi cabaran dan keperluan tempat kerja.
Sehubungan dengan itu, graduan perlu dilengkapkan bukan sahaja dengan
pengetahuan teknikal atau bidang tertentu sahaja tetapi juga dengan sikap,
kemahiran dan trait yang betul. Secara umumnya, mereka memerlukan kemahiran
insaniah yang mempunyai nilai tambah merentasi bidang disiplin yang dipelajari.
Seterusnya, kemahiran insaniah amat penting bagi seorang pekerja untuk
meningkatkan kerjaya serta ekonomi negara.
Bagi mencapai impian negara menjadi sebuah negara perindustrian berasaskan pengetahuan, maka setiap setiausaha perlulah meningkatkan kebolehan kognitif dan kemahiran insaniah yang lain. Kebolehan kognitif yang tinggi dalam bidang pekerjaan akan membolehkan seseorang itu cekap dalam pekerjaannya, produktif dan kompeten serta dapat menjalankan kerja dengan baik. Kebanyakan majikan masa kini memerlukan seorang setiausah yang bukan sahaja memiliki kemahiran teknikal tetapi juga memerlukan kemahiran insaniah untuk meningkatkan produktiviti syarikat dan berdaya saing. Setiausaha yang mempunyai kemahiran insaniah tersebut akan dapat memyesuaikan diri dengan semua jenis pekerjaan dan bersifat serba boleh. Oleh itu, kemahiran insaniah adalah penting bagi ekonomi yang berasaskan pengetahuan. Kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk perindustrian adalah adaptabiliti, analitik, komunikasi, inisiatif, interpersional, kepimpinan, keyakinan diri, dan bekerja dengan orang lain. Dengan gabungan pelbagai kemahiran ini akan meningkatkan produktiviti setiausaha serta pengeluaran syarikat. Selain itu, seorang setiausaha mestilah mahir dalam berkomunikasi dengan baik, berkomunikasi adalah asas dalam setiap perhubungan dan ia merupakan kunci kepada setiap kejayaan. Manusia gagal dalam kerjayanya disebabkan oleh satu faktor iaitu mereka gagal untuk berhubung dengan orang lain. Semua jenis kerjaya seperti penyelia, pengurus, jururawat, setiausaha, tukang masak, tukang kebun, peguam, doktor perubatan, kerani atau apa sahaja kerjaya yang diceburi memerlukan kemahiran berkomunikasi dengan baik. Komunikasi juga merupakan aktiviti penting dalam sesebuah organisasi. Sebagai contoh, pengurus-pengurus menggunakan 85-90% daripada masa kerja mereka melakukan kerja yangberkaitan dengan komunikasi seperti memberi arahan, berunding dengan pembekal dan sebagainya.
Kemahiran
berkomunikasi terdiri daripada beberapa elemen. Ia melibatkan komunikasi yang
berkesan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam konteks yang berlainan
dan dengan peserta komunikasi yang berlainan. Elemen-elemen yang dinilai oleh
KPT adalah berkebolehan untuk menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan
dengan penuh keyakinan, secara lisan dan bertulis; berkebolehan untuk
mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi maklum balas;
berkebolehan untuk membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan
bersesuaian dengan tahap pendengar; berkebolehan untuk menggunakan teknologi di
dalam pembentangan; berkebolehan untuk berunding dan mencapai persetujuan;
berkebolehan untuk berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai
budaya berlainan; berkebolehan untuk mengembangkan kemahiran komunikasi
perseorangan dan berkebolehan untuk menggunakan kemahiran bukan lisan. Maka,
menjadi seorang setiausaha haruslah pakar dalam kemahiran berkomunikasi. Ia
juga dapat memudahkan sesebuah organisasi / syarikat untuk mendapat pelanggan.
Selain itu, kemahiran menyelesaikan masalah merangkumi kebolehan untuk mengenal
pasti dan memilih informasi, menilai informasi, sumber informasi dan cara
mendapatkan informasi dan menggunakan informasi dengan berkesan. Kemahiran ini
merangkumi kebolehan mencari dan mengurus maklumat yang relevan dari pelbagai
sumber, kebolehan menerima idea baru dan berkeupayaan untuk pembelajaran
autonomi seta kebolehan mengembangkan minda ingin tahu dan dahagakan ilmu,
Tambahan
pula dengan kemahiran bekerja dalam kumpulan terbahagi kepada dua aspek iaitu
intelektual dan emosional.
Kemahiran intelektual merujuk kepada berfikir berdasarkan emosi. Kemahiran ini melibatkan pemerhatian, penyiasatan, teori dalam menganalisis tugasan dan merumuskan sesuatu. Kemahiran emosional pula berkaitan dengan berurusan dengan emosi sendiri dan membina hubungan dengan orang lain. Ia meliputi berunding dengan orang lain, menyelesaikan perbezaan pendapat, mempertahankan diri sendiri dan juga mengawal emosi apabila berdepan dengan krisis. Kemahiran kerja berpasukan melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain daripada pelbagai latar belakang sosio budaya untuk mencapai matlamat yang sama. Elemen-elemen yang dinilai oleh KPT adalah berkebolehan membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk mencapai objektif yang sama; berkebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti di antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan; berkebolehan untuk mengenali dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain berkebolehan untuk memberi sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha kumpulan dan bertanggungjawab terhadap keputusan kumpulan.
Akhir
kata, menjadi seorang setiausaha ini bukannya mudah tetapi hendaklah berusaha
dengan bersungguh-sungguh. Cadangan saya, bidang setiausaha ini perlu
diperluaskan lagi kerana bidang ini bukannya mudah untuk dipelajari dan bukan
untuk mengasrkan kemahirannya. Pihak industry dan badan koprat mestilah
memastikan kemahiran insaniah kepada setiausaha ini diadakan dalam setiap subjek
supaya setiap indivudu dapat mempelajari secara asas terlebih dahulu. Bak kata
pepatah meluntur buluh biarlah dari rebungnya.
RUJUKAN
Mohd Zamri bin Ibrahim (2012), Tahap Penguasaan Kemahiran Insaniah
Dalam Kalangan Setiausaha.
Mohd Safarin, Mohd Zolkifli & Mohd Khata (2005). Tahap Keyakinan Kemahiran
Generik Di Kalangan Setiausaha. Seminar Pendidikan Fakulti
Pendidikan 2005: Universiti Teknologi Malaysia.
Mokhtar, I. (1995). Penilaian di Tempat Syarikat Holding Sdn Bhd. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Safarin, N. & Kamaruddin, M. T. (2004). Kemahiran Generik – Kepentingan dalam memenuhi keperluan majikan masa kini. Johor: Universiti Teknologi
Malaysia. Kertas kerja.
Jabatan Perdana Menteri (2010). Rancangan Malaysia Kesepuluh. Putrajaya: Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Comments
Post a Comment